Minggu Pertama
Hari pertama melangkah ke sini umpama selangkah budak kecil memasuki tadika. Tanpa mengetahui apa yang bakal saya hadapi, digagahkan hati dan perasaan yang gementar menempuhi semua yang mendatang.
Sepanjang kursus di sini, kami ditempatkan di bilik hostel yang serba lengkap umpama hotel. Syukur kepadaNYA, melimpahkan rahmat dan memberi rezeki ini.
Kursus berjalan dengan satu sesi motivasi dengan pre test untuk menentukan kumpulan kelas.
Suasana di sini begitu menggalakkan untuk menjadi insan profesional dalam industri. Setiap individu sungguh peramah dan memberi pelajar keselesaan untuk bertutur dalam bahasa inggeris.
Ujian pre-test telah dianalisis dan saya tergolong dalam kumpulan yang bernama ProAktif. Sungguh ironi, saya yang hiperaktif dinamakan sebagai C.E.O kepada organisasi ProAktif. Kursus dijalankan dengan suasana ditempat kerja. Pertuturan, pemakaian, etika pemakanan dan serba-serbi yang membantu kami melatih diri dalam masa yang sama menyesuaikan diri melalui pengalaman.
Kami masih diajar asas inggeris komunikasi. Demi memantapkan pertuturan dan keyakinan untuk menggunakan bahasa inggeris pada tahap yang lebih baik.
Kami dikejutkan dengan "2 days task" seperti yang akan dialami semasa alam pekerjaan di mana bos menyuruh melaksanakan tugas dalam masa yang singkat dan kami perlu biasakan diri untuk mengatakan "Can be arranged". Ia menunjukkan bahawa kita perlu yakin dan reliable bila terima apa saja tugas walaupun pada tempoh yang singkat.
Kesemua pelajar disuruh melakukan persembahan di majlis formal yang dikunjungi oleh orang yang ternama dalam tempoh 2 hari. Berbekalkan pengalaman menjadi ketua pada darjah 4, saya mencuba beranikan diri merancang bersama ahli kumpulan. Keputusannya, kami membuat 'Musical Pantomime'
Pelbagai idea dijanakan tetapi lakonan tanpa skrip dan berpandukan nyanyian koir lagu 'You Raise Me Up' by Josh Groban menjadi pilihan kami.
Pada malam getir di hari Jumaat, kami berjaya melakukan persembahan yang terbaik sungguhpun diuruskan pada masa yang singkat. Malam itu, kami merasakan bahawa kami berjaya dan sedar tentang betapa setiap perkara pasti dapat dilaksanakan jika berusaha.
No comments:
Post a Comment