Minggu Ketiga
Grooming
Kelas ini memang memeningkan, penjagaan muka, pemakaian, kesesuaian etika dan pemakaian di satu-satu majlis dan pelbagai lagi. Saya teruja sedikit di dalam kelas ini kerana dapat mempelajari etika-etika yang baru seperti etika perkenalan. Etika lebih merujuk kepada keutamaan dalam masyarakat. Sebelum ni kita sering mengutamakan yang lebih tua dalam tiap-tiap majlis kerana itu adalah budaya kita. Akan tetapi, oleh kerana individu yang memiliki jawatan yang besar mempunyai kuasa memerintah akan didahulukan walaupun mereka masih muda lagi. Pemakaian tali leher yang bersesuaian dengan baju, pemakaian baju yang bersesuaian dengan wajah amat dititikberatkan supaya 'appearance' lebih menonjol ketika dalam suasana kerja atau ketika ditemu duga. Jelas dan nyata bahawa Memang semua orang akan 'judge a book by its cover'. Oleh itu, keterampilan adalah sangat penting.
Value Driven Professional
Ilmu yang menarik kerana dalam masa yang sama kita lebih mengenali diri kita, kekuatan kita, cabaran kita serta psikologi kita. Personality saya digolong dalam kumpulan sanguine "the peacock". Merujuk kepada saya yang suka menjadi tumpuan orang lain. Bertenaga dan mudah berjenaka. Golongan ini mempunyai skill komunikasi yang agak baik dan memiliki idea yang kreatif. Terdapat golongan lain seperti eagle,dove dan owl. Eagle merujuk kepada kepimpinan, dove merujuk kepada permerhati manakala owl merujuk kepada pemikir. Personality ini boleh digilap menjadi lebih baik dengan memastikan fikiran kita tenang agar dapat menerima ilmu baru dengan lebih baik.
Pada minggu ini bermulanya latihan taekwondo. Saya gembira dapat mempelajari seni pertahanan diri yang baru. Jika dikira, sudah tiga seni saya sudah pelajari. Apa yang saya sedar ialah semuanya memiliki basic yang sama cuma langkah-langkah yang berbeza. Saya cuma kecewa sedikit kerana matlamat untuk diet sering terganggu di sini. Saya telah merancang untuk membakar lemak melalui larian dan senaman yang berat. Walau bagaimanapun, latihan itu memberi kesan sedikit pada badan dan mendapat ilmu baru.
No comments:
Post a Comment