Monday, June 13, 2011

Hidup di Central Bank

Loading................

(Saya tidak tahu ingin bercerita pada siapa lagi...matlamat blog ini sudah bercelaru.....  )

Sedang training di Central Bank..for about only Z weeks more..dont have any clue whats next for me here in KL. May be my status will be... Unemployed|In debt|Broke = Urban Poverty. Kenapa saya guna z? Sebab ia merupakan unknown value. Saya sendiri tidak tahu berapa lama lagi dapat pertahankan kedudukan saya di sini. Wah macam dalam pertandingan pula. Sebenarnya, status saya buat masa ni adalah kerja sementara. Saya ibarat di tempat asing. Pihak atasan ada yang tidak mahu kehadiran saya dan kawan-kawan berkerja di situ..

Ya, kehidupan sebagai angin. Memang tepat tema blog ini dengan kehidupan saya di mana juga merujuk betapa fleksibelnya situasi saya. Kadang-kadang kita tidak merasakan bila kita terbang melepasi awan. Kadang-kadang kita merasakan begitu berat hendak melayang (pedas2..kena diet ni). Angin yang berlalu pergi bukannya seketika tetapi sentiasa ada cuma kita tidak perasan kerana tidak pernah mengambil berat betapa pentingnya angin itu. Syukur alhamdulillah amat memadai untuk sedar kehadiran angin dalam keadaan statik (dari penglihatan kasar) yang menjadi nikmat kepada kita.

Saya bekerja seperti biasa. Bahagian pengurusan skim latihan. Saya memantau performance peserta program sepanjang 10 bulan latihan di syarikat masing2. Rutin harian memang mudah dan ibarat terbang melewati awan. Seronok kerana beban yang kurang. Akan tetapi terbang terlebih tinggi hingga terasa teriknya matahari. Saya mula terasa bahang pekerjaan bila mendapat tahu nasib saya dan rakan berubah, perpindahan yang bakal berlaku serta merta. Kemungkinan untuk dikeluarkan dari organisasi amat tinggi tiap2 detik hari.

Selama 2 bulan ni, sentiasa terasa tekanan yang saya sendiri tidak jelas mengapa. Perpindahan yang dikatakan ibarat tiada terasa. Saya masih meneruskan bait-bait kerjaya yang ada. Perpindahan itu mungkin boleh jadi bau deodorant, jadi bau cologne. Dalam angin yang bergerak di masa hadapan mungkin kita akan terbau dan ia menjadi petanda dan secara tidak langsung merubah haluan. Risau bau deodorant hilang maka terserlah aroma yang tidak disenangi yang bakal menyentap kalbu. Tatkala itulah kehidupan berubah sekelip mata.

Penceritaan bukanlah berniat tidak mahu bersyukur atau mengeluh. Cuma menceritakan sebagai suatu angin yang berlalu pergi dan hanya seorang yang sedar molekul-molekul itu bergolak dan hidup(ada energi). Hati ini sekarang berdoa agar arus angin tidak menjadi bencana pada insan lain. Biarlah ia melanda diri ini untuk membersih habuk-habuk yang ada.

No comments:

Post a Comment